Saturday, March 10, 2012

budak gemuk!

walaupun kamu sering gelakkan aku, aku tidak pernah lupa gelakkan kamu kembali

walaupun kamu sering buat lawak bodoh menyakitkan hati, aku tidak pernah lupa membalas dendam

walaupun kamu sering penat mencari sesuap nasi, kamu tidak pernah lupa menelefon aku

walaupun kamu sering tertidur, aku tidak pernah lupa untuk membebel

walaupun kamu sering mengejek aku lebar, aku tidak pernah lupa mengingatkan kamu juga gemuk

walaupun aku sering merajuk, kamu tidak pernah mengeluh.

thank you for being there SF <3



mata pun tak nampak. ish ish

Friday, March 9, 2012

hmm.

korang pernah rasa tak dalam satu hari tuh memang rasa tak nak cakap langsung dengan orang?

ianya bukan lah rasa bad mood, tapi just nak ada masa untuk diri sendiri 

masa untuk menumpukan masa untuk diri sendiri, mahu anti-sosial dengan masayarakat sekeliling

aku kadang-kadang ada rasa begini.. bagi aku, aku perlukan masa untuk bersendirian

tapi terdapat segelintir manusia, yang tak pernah faham kita. 

yang akan keep on push kita untuk kita bercakap.

this just make you such an annoying girl you know.

you should consider others too.

kita semua kan dah besar, matang, dah duduk sendii-sendiri dah pun jauh dari mak ayah

patutnya kena la faham, bukan semua orang nak melayan kamu

dan semua orang mahukan masa untuk diri sendiri walaupun dia berkongsi bilik dengan 8 orang sekalipun.

bila seseorang itu kelihatan senyap daripada biasa, just tanya sama ada dia okay atau tidak

dan selepas itu biarkan dia. 

Thursday, March 8, 2012

2 days :)

from the last post, kan aku bagitahu yang SF nak datang, actually tak jadi time aritu, kinda bad mood bila dengar, coz he have to settle up few things berkenaan kerja apa semua, tambah dengan deposit for Badger.

its ok , kena la faham kan, bukan semua orang boleh nak ikut jadual kita. so tak berharap sangat. heh. iyolarh tu.

17 Feb , aku seperti anak dara zaman sekarang, macam biasalah kan, bangun lambat, hehe. Maybe around 12 tengah hari kot. heh ini kira awal la. so macam biasa, terus check phone, and dpt text dari SF, " if Man datang hari isnin ni boleh?" . aku dengan kerek balas "ish buat apa nak datang. duduk je diam2 kat kulim tu"

so the conversation goes on and on, and the result is he's coming on 20 & 21 Feb, yeayyyy~

kau jangan nak yeayyy sangat la alyaa oii. Nervousnya jangan cakap la kan. So its the first time i see him. Before this just through Skype, phone je. Kakak pernah lah jumpa dia depan2. So its a long story, kenal melalui kakak, saja nak berkawan je, coz Kakak told to. Kita kan adik yang soleh. Kena la ikut apa kakak suruh, HAHAHA.

aku kenal dengan SF bulan 8, time tu semester break, kakak yang berkawan dengan dia, selalu Skype dengan Syapa sekali, so aku pun macam biasa peramah sangat so suka la menyibuk apa semua. So dah start berkawan dari bulan 8. hmm lama jugak kan. So i'm in this long distance relationship, Feb tahun ni baru la dapat jumpa, haaa lama gila kena tunggu baru boleh jumpa.

lagipun aku ni jenis macam pemalu sikit, heh yelarh tu Alyaa. Takdelah, dia yang jenis pemalu, so its ok for me if tak jumpa pun awal-awal ni. so gonna proceed to that date.

aku malas nak detail sangat cerita, nanti orang pun boring baca. On the 20th Feb tu aku just bawak dia spent time kat Shah Alam dulu, bawak jumpa kawan-kawan aku, Kak Lily, Nana, Wani, Sue and Ajwad.
Waktu siang tu just pergi makan-makan, malam pulak karaoke dengan Kak Lily and dia. Aku dengan Kak Lily memang lah kaki karok jugak, tapi masalahnya suara SF ni sedap sangat, aku dengan Kak Lily dah segan-segan nak nyanyi sebab suara kitaorang tak sedap. Sobs.

Esoknya aku bawak dia pergi Ikea, untuk try meatballs. Malam sebelum tu dia cakap dia terliur tengok nasi kandar kat mamak sebaris dengan hotel dia, so dia cakap la nak makan nasi kandar dulu sebelum pergi makan meatballs. Aku cakap la meatballs tu kenyang gila la, rasa macam makan nasi. Then dia macam tak yakin la apa aku cakap siap perli kata "alahhh meatballs tu macam makan fishball je la kan? bukannya kenyang mana pun"

Bila dah makan meatballs, "Alyaa, Man tak larat nak jalan la" .. HAHAHAHA memang aku bahan la sampai  balik kan. itulah semalam berlagak sangat, bila orang cakap tu, dengar je la, ini angkuh sangat jawapan semalam. Then gerak pergi OU, shopping sikit, and dia belanja satu tshirt, heh, sama design dengan dia punya tshirt. Thank you SF ;)

Time balik tu, bila nak hantar dia, memang sedih la, Sue je yang nampak muka aku macamaner. Sobs.

So, thank you thank you SF sebab sudi datang, walaupun dua hari, ok lah tu, nanti sila datang lagi :)


<3

Monday, January 30, 2012

senak perut dengar.

 SF : Man datang jumpa Alyaa next week la yer?

Aku: WHATTTTT??????


Aku cuak la. cuak la. cuak la. Antara dapat jumpa atau tidak itu bergantung kat Abah, if Abah tukar plan dia, maybe aku dapat jumpa SF. If Abah tak tukar plan dia, so dapat lah jumpa SF.

Aku tak rasa aku bersedia mental dan fizikal.

Sunday, January 22, 2012

aku gadis begitu.

aku gadis yang selalu aja menangis, harap kamu bisa berada waktu itu.

aku gadis yang suka aja merajuk, harap kamu tidak pernah lelah memujuk.

aku gadis yang suka aja mendegar suaramu, harap kamu tidak pernah jemu mendengar suaraku.

aku gadis yang suka aja bebel walaupun halnya kecil, harap kamu tidak pernah runsing.

aku gadis yang tidak punya apa-apa, harap kamu mengerti.

aku gadis yang kadangnya tidak memahami kamu, aku harap kamu bersabar.

aku gadis emo, harap kamu tidak bosan membaca tulisanku.








Monday, January 16, 2012

tak perlu pun sebenarnya.

semalam, aku keluar berhibur bersama teman-teman yang sudah lama aku tak jumpa especially Tasha, sejak dia dah masuk uitm ni, memang busy la. Actually aku pun busy jugak. hee

we had fun, lepak-lepak, share our stories, mengusik sesama sendiri, berkaraoke, makan-makan and the best part bila dalam kereta otw balik rumah, kitaorang buat sesi berlakon. Aku yang ajak main berlakon-lakon ni, sebab time tu dengan jalan jamnye lagi, so kitaorang berlakon tentang seorang gadis yang gedik ya amat yang nak kan perhatian dari teman lelakinya. Which aku yang jadi teman wanita paling annoying, paling gedik.. haha. Aku pun tak sangka aku annoying gila sampai tahap macamtu. And tadi aku cerita kat SF tentang aku berlakon jadi teman wanita yang gedik, then aku cerita la macamaner cara aku bercakap semua, SF slumber je cakap dia pun sama je annoyed, siap dia rasa nak rendam aku dalam Clorox. Jahat gila. Nampak tak punya kejamnya SF ni? haha

Then malam tu aku and Wani tumpang tidur rumah Kakak. Balik-balik rumah aku terus charge phone, and one new message masuk which is from SS. Takdelah terkejut sangat sebab aritu memang dia text mintak maaf semua sebab dia exam semua. Then he promised to text me when he finished his final exam and i just said ok.

Malam tu just sembang-sembang biasa je mulanya, tentang study semua dan cerita dulu sikit-sikit. Then he started to get serious, he said that he want to tell me something important and i said what? But before that he ask me did i still like him? -..-" (kalau aku still suka kau, dah lama aku msg kau hari-hari semua tahu tak?)

So aku insist dia untuk straight je la cakap apa dia nak bagitahu tadi, sebab aku bukannya suka nak berdrama-drama ni. Then ayat dia macamnie "actually saya dah BERTUNANG" .. and i was like "ha?? seriously?? haha okay, bagus lah untuk awak, congrats. Saya happy untuk awak"

Then aku tanya-tanya la who is the lucky girl and he said same course with him, and bila aku pikir-pikir balik, dia baru jer masuk sambung degree, baru jer habis exam final untuk sem 1 ni, dah bertunang. Itupun awal-awal sem still lagi msg2 aku apa semua. So aku tak tahu la nak percaya ke tak cerita dia ni. Kadang aku nak tergelak pun ada sebenarnya cara dia ni. Dia la laki paling suka buat lawak dalam segala keputusan dia dari dulu.

Then start la dia bebel-bebel pasal dia nak cepat-cepat kahwin semua untuk elak maksiat apa semua, that's good tapi kalau nak tahu, tak perlu kau nak bagitahu aku semua tu, and aku jadi annoyed so aku pun apa lagi, ambik peluang la stop kan conversation, last ayat dia kat aku,

"semoga awak dapat mencari cahaya untuk menerangi kegelapan di dunia, InsyaAllah"

Iyolarh SS, memang kau pikir kau sorang je lah yang boleh bawak aku ke jalan yang benar, memang kau sorang je la yang ko pikir ko boleh bahagiakan aku, memang kau je lah kan?

Then kebetulan SF call, aku pun apa lagi, bebel-bebel arr SS sibuk ahh msg cakap dia dah tunang apa bagai, and aku terus arr ajak SF tunang apa semua sebab nak balas dendam nak msg SS cakap aku pun dah tunang jugak, ataupun mms gambar cincin tunang ke, style jugak kan. HAHAHA

SF ni nak bajet baik pulak, dia kata tak baik la dendam-dendam camtu, haha. Aku cakap la, bukan dendam, saje suka-suka nak bagitahu yang aku pun dah bertunang jugak. Siap aku rasa macam nak text SS nanti bila aku nak kahwin, siap nak ajak datang semua. Then SF ni kan dia pandai jadi batu api, dia cakap, nanti dapat anak pun bagitahu kat SS, cukur jambul anak, anak masuk darjah satu, anak masuk U, anak kahwin, dapat cucu pun bagitahu. Semua benda la nak bagitahu SS. 

Boleh nampak kan SF ni batu api? aku dah cakap dah, dia bukan baik sangat, bajet baik je mamat gemuk ni.

So konklusinya, SS, kau tak perlu nak bagitahu aku semua tu, aku tak tahu la benda tu cerita betul ke apa, if betul pun, aku tak perlu tahu semua tu, aku pun dah lama gila dah move on, and guess what, i dont even think about you when you are gone :)

And konon lelaki paling setia kau la, kalau betul kau setia, kau takkan nak text aku. Aku tahu kau lelaki macamaner semua, kalau kau punya setia, kau takkan sembang langsung pun dengan ex kau. Itu yang setakat aku kenal kau la. 

semoga berbahagia.

Friday, January 13, 2012

first post for you, SF.

Assalamualaikum,

wahhhhhh sopan gitu kan? Haha, lama gila la tak update blog. Alaaa bukan ada orang nak baca pun.

So, for this entry, khas untuk someone yang special. Special ke? Boleh-boleh la specialnya. haha.

Kalau awak nak tahu, sebelum ni blog saya meriah dengan post-post yang bukan-bukan, disebabkan perlu memadam post-post yang tidak memakai tudung, jadi banyak la post yang dipadam, and post-post yang bercakap tentang lelaki lain pun sudah dihapuskan. Nanti kan tak manis, kan kena start manis-manis, sopan-santun. HAHAHAHA.

Sumpah rasa nak muntah dengar diri sendiri cakap camgitu. Ok, focus la Alyaa ni, ish la. Err actually tak tahu pun nak tulis apa dalam post ni. Saje gatal nak post blog pasal budak gemuk.

Oh ya, terima kasih sebab banyak sangat bersabar saya membebel, marah-marah, merajuk-merajuk, emo-emo, alaaaaa biasalah Alyaa kan, memang camgitu. So kena banyak sabar je lah jawabnyer. Kalau rasa nanti dah tak larat nak bersabar, bagitahu eh? (tengok dah start perangai dia :P)

Terima kasih jugak untuk dua lagu aritu, terima kasih terima kasih. Nanti jangan lupa bagi Alyaa lirik dia eh. Tapi Alyaa memang kena balas balik dengan lagu ke? Memang lari dari bidang lah bab-bab lagu ni. Alyaa ada try aritu, tapi itulah, susah gila. Kira terror arr SF dengan Ejoy buat lagu. Tabik!

Nanti Alyaa reply balik dengan lagu, tapi bagi masa lama sikit lah, setahun ke, dua tahun ke. Okay?

Hmm, Selasa ni, 17hb masuk 5 bulan, insyaAllah. Confirm lupa kan? kan? Dah tahu dah, budak gemuk memang selalu camgini.

Ok la, more post will be updated, cepat-cepat lah baik demam okay, Alyaa bosan la tak dapat nak buli awak hari ni. Take care <3